OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

Memberi pendedahan, menggalak, mendidik, memajukan, meningkatkan dan membantu tahap pembelajaran atau pendidikan pelajar-pelajar yang sedang menuntut di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi berkaitan dengan penggunaan komputer dan dalam semua aspek berkaitan dengan teknologi komputer.

 

Menjalankan segala kegiatan yang difikirkan patut dan sesuai untuk mencapai matlamat penubuhan kelab ini.

 

FAEDAH :

 

Penggunaan komputer secara percuma mengikut jadual.

 

Potongan di atas bayaran yuran pengajian.

 

Diskaun bagi pembelian peralatan komputer dengan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kelab.

 

KEAHLIAN :

 

Terbuka kepada semua pelajar sekolah, penuntut Institut Pengajian Tinggi dan orang perseorangan.

 

YURAN KEAHLIAN :

 

KATEGORI PENDAFTARAN YURAN TAHUN

 

Sekolah Rendah RM10.00 RM10.00

Sekolah Menengah RM10.00 RM20.00

Penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta RM20.00 RM30.00

Perseorangan RM20.00 RM30.00

 

BAYARAN PENDAFTARAN :

 

Bayaran pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar Kiriman Wang / Wang Pos / Cek atas nama KELAB KOMPUTER YAYASAN ALOR GAJAH